Sesungguhnya perlu kita memaafkan seseorang itu walaupun dosanya sekecil zarah sekalipun....ianya melibatkan pengaruh emosi dan jasmani....sepanjang aku setahun setengah ni ...byk perkara yang telah aku lalui...dan salah satunya adalah memaafkan orang...
" Sesungguhnya sabar yang sebenar-benarnya adalah ketika mula-mula berlaku musibah " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
dan antara yang ternyata adalah aku telah mempelajari bagaimana nak sabar di atas musibah yang menimpa aku secara langsung mahupun tidak langsung...inilah dunia..penuh dengan ranjau dan dugaan...
Apakah kelak nanti aku akan menjadi lebih dewasa? Ya..aku akan..walau bagaimanapun, di sebalik kegembiraan dan kesyukuran ini aku telah di datangani oleh satu perihal yang buruk..satu berita kematian...yang aku tidak sangka...
Kematian salah seorang kwn satu tempat kerja..yang dahulunya aku tidak suka, dan terdapat salah faham di antara kami...Sesungguhnya Tuhan amat menyanyangi beliau...Cikgu Samsuri ....salah seorang anak murid ayah yang pada suatu ketika aku penah meminta maaf kerana salah faham antara kami...walaupun pada dasarnya jauh di lubuk hati ku...aku tidak redha dengan segala nya..tapi bila aku fikir kembali..tidak apalah ruginya sekiranya kita memaafkan seseorang walaupun ianya bukan salah kita....ianya menunjukkan sikap dan sifat yang mulia dan hormat kepada orang yang lebih tua....
satu ketika aku amat merinduinya..satu ketika aku amat memujinya...tapi..apakan daya..hajat ku tak sampai..ingin aku berjumpa dengan nya selepas tamat pengajian dan berkata kepadanya " Cikgu !! saya da jadi Teacher !! " namun ianya terbantut..
Doa aku..moga dia di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..penyakit strok yang datang secara tiba-tiba itu.......sama sekali tidak ku sangka akan menamatkan riwayat beliau...Moga Dalam Lindungannya Cikgu Samsuri....Terima Kasih ya !!
0 comments:
Post a Comment