Monday, May 20, 2013

BIG

pada 7 - 9hb Mei adalah outdoor activity yang terakhir aku involve before aku habis study..oh !! sungguh tak sangka di sebalik semua ini...ada hikmahnya..macam2 aku lalui..smpai ade rasa nak tumbuk je semua orang...buat sakit hati..tapi x bole...kene sabar..sabar dan sabar...apa yang aku pelajari kat sini?....hmmmmm..

1. Sabar jelah
2. Prinsip hidup
3. Minda terbuka
4. Hormat
5. Motivasi kendiri....

tapi sejujurnya aktiviti sepanjang perkhemahan ni memang tak seronok....hanya mengikut syarat sahaja....sebab hanya kami 19 orang sahaja di sini...sungguh boring !!....xpelah..mungkin ade sebab di sebalik segala yang berlaku...

Namun begitu, aku akan merindui saat-saat ini.....apabila satu hari nanti mereka mahu kembali dan merindui kisah dan kenangan ini...(da merepek)....tapi terima kasih juga pada semua yang terlibat....

Berlalu Pergi

" Hendaklah mereka memaafkan dan melupakan kesalahan. Tidakkah kamu suka jika Allah mengampunkan dosa kamu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih" (Surah Al-Nur 24:22)...

Sesungguhnya perlu kita memaafkan seseorang itu walaupun dosanya sekecil zarah sekalipun....ianya melibatkan pengaruh emosi dan jasmani....sepanjang aku setahun setengah ni ...byk perkara yang telah aku lalui...dan salah satunya adalah memaafkan orang...

" Sesungguhnya sabar yang sebenar-benarnya adalah ketika mula-mula berlaku musibah " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

dan antara yang ternyata adalah aku telah mempelajari bagaimana nak sabar di atas musibah yang menimpa aku secara langsung mahupun tidak langsung...inilah dunia..penuh dengan ranjau dan dugaan...

Apakah kelak nanti aku akan menjadi lebih dewasa? Ya..aku akan..walau bagaimanapun, di sebalik kegembiraan dan kesyukuran ini aku telah di datangani oleh satu perihal yang buruk..satu berita kematian...yang aku tidak sangka...

Kematian salah seorang kwn satu tempat kerja..yang dahulunya aku tidak suka, dan terdapat salah faham di antara kami...Sesungguhnya Tuhan amat menyanyangi beliau...Cikgu Samsuri ....salah seorang anak murid ayah yang pada suatu ketika aku penah meminta maaf kerana salah faham antara kami...walaupun pada dasarnya jauh di lubuk hati ku...aku tidak redha dengan segala nya..tapi bila aku fikir kembali..tidak apalah ruginya sekiranya kita memaafkan seseorang walaupun ianya bukan salah kita....ianya menunjukkan sikap dan sifat yang mulia dan hormat kepada orang yang lebih tua....

satu ketika aku amat merinduinya..satu ketika aku amat memujinya...tapi..apakan daya..hajat ku tak sampai..ingin aku berjumpa dengan nya selepas tamat pengajian dan berkata kepadanya " Cikgu !! saya da jadi Teacher !! " namun ianya terbantut..





Doa aku..moga dia di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..penyakit strok yang datang secara tiba-tiba itu.......sama sekali tidak ku sangka akan menamatkan riwayat beliau...Moga Dalam Lindungannya Cikgu Samsuri....Terima Kasih ya !!