Thursday, January 28, 2016

tarikh 28.3.2010

Tarikh tu da lama....around 5 years ago.

Tapi bila imbau balik..rasa mcm semalam je..Aku mula nak bina kerjaya atau belajar hidup serta berkomunikasi dengan orang.  Dulu hidup tak berapa nak happy sebab masih lagi dalam kawalan keluarga...semua yang kita nak buat di pantau oleh parents.

Dulu masa single ..tak pernah nak fikir kan pasal orang lain..pasal hal-hal yang bole membuat kesusahan pada mak ayah..cuma fikir diri sendir nak seronok..nak happy mcm budak lain..

5 tahun lepas..apa aku buat ek?

Masa tu aku masih lagi belajar Diploma di Pahang...aku masih lagi mentah..tak tahu pape..tak tahu dunia ni mcm mane..tak tahu apa yang aku akan hadapi..tak tahu masa depan.. semuanya tak tahu..sampai orang bole mainkan perasaan aku..smpai aku kehilangan orang yang aku sayangi.. Aku tak sedar semua tu..sebb pada aku..kalo ada jodoh tak ke mana..yelah time tu memang tak fikir pape..

cuma ...baru-baru ni..tarikh tu..termuncul dalam fikiran aku..

Bila aku kenangkan balik..ada yang aku menyesal..dan ada yang aku ingat.

Aku tak tahu kenapa aku bole ingat balik kenangan lepas..dan aku tak tahu kenaapa dulu aku tak pernah terfikir utk menjadi seperti sekarang?

Kadang tu aku rasa mcm tak berbaloi apa yang aku buat time muda mudi dulu..aku raa mcm banyak membazir dan banyak enjoy...

Ada seorang Hamba Allah ni pernah nasihatkan aku suatu hari nanti aku akan muncul dengan personality yang berbeza :

1. sering kali bawak handbeg sbb dulu aku memang tak suka bawak handbeg n tak mampu pun nak beli satu..

2, aku akan sentiasa touch up lipstik ..sbb dulu aku tak suka make up..aku suka muka aku natural je..tapi adala pakai Ponds ke..Olay ke..

3. aku akan sentiasa pakai sopan..sbb dulu aku pakai sopan pun tshirt jela..blouse ke baju kurung ke..kurang..

4. aku da ada matlamat nak buat apa dalam hidup sbb dulu aku tak kisah nak buat apa pun..asalkan seronok..

Apa yang ajaibnya..semua tu memang da berlaku..dan ianya masih lagi terngiang-ngiang dalam mind aaku..

Tarikh ni..buat aku terfikir ..buat aku mersakan...dunia ni hanyalah sementara.

Thursday, January 14, 2016

Needs VS Wants

Kebelakangan ini, ramai ibu-ibu muda yang sesudah berumah tangga mahu tampil di depan orang ramai dengan keadaan yang elegant dan juga slim.   Walaupun sudah mempunyai 1 atau 2 orang anak mereka masih mahu juga menjalani kehidupan seperti kehidupan mereka ketika waktu mereka single.
Aku sendiri pun adakalanya mahu menjadi bebas seperti dulu..mempunyai masa bersama family dan rakan-rakan yang lain..hang out, shopping dan tgk wayang...tapi semua tu x mungkin lagi sebab sudah menggalas tanggungjawab yang besar.

Bukan itu je, jarak antara aku dan suami kadangkala membantutkan pergerakan aku..yelah nak bawak anak lagi..nak bawak stroller lagi..nak bawak susu lagi..nak itu nak ini..byk betul barang nak bawak kalo da keluar dengan si kecik..tu belom dia berak ke muntah ke..kalo ade suami bole la tolong itu, ini..plus skrg ni musim panas..lagilah.

Bukanlah tak nak pasang air cond..tapi tulah bila baru nak hidup..duit tu mcm sangat berharga sangat..tambah pulak dengan GST nya..semput jugak..baru-baru ni pergi ke PTPTN..nak bayar -hutang piutang yang da lame tu..nak masuk 8 tahun da..da dapat surat baru la terhegeh-hegeh  nak bayor..byk jugak tertunggak..kira byr bunga je..terpaksala buat Ujrah dan keluarkan KWSP untuk bayar yang mane tertunggak tu...kalo tak kene potong gaji mandatory 1k lebih...!! woow,,,tak mahulah..

Sekarang ni nak makan pun berkira..kalo tak dulu makan ikut dan je..bukan ape duit skrg ni da makin kurang...tapi tu semua aku tak kisah..cuma aku compare life aku dengan jiran sebelah umah aku..

Jiran aku ade 6 orang anak..bersusun..maksudnya rapat-rapat..tapi anak-anak dia tak penah la mintak bapak dia letak air cond ke..ape ke..daorang main je kat umah...smpai ade sorang anak dia tu naik ruam satu badan dek kerana musim Ell Nino ni..panas sgt..bahang...

Anak-anak dia tak ke mana-mana time cuti sekolah taun lepas...duk umah je..sbb bapak dia cuma keje kg je...duit nak kene simpan...ade 4 orang nak g sekolah nanti...yg sulung Form 1..yang kedua darjah 4 yang ketiga darjah 3 yang ke 4 darjah 1 ..yuran sekolah je skrang ni da mencanak-canak naik..sbbkan GST..tu belum lagi baju uniform sekolah..nasibla ade yang baik hati nak belikan..

Yang aku kagum pasal jiran sebelah ni kan..Isteri dia xpenah la nak bershopping ke atau keluar umah sesuka hati...duduk je kat umah jaga anak yang last tu 10 bulan...setia tunggu suami dengan anak- anak balik...pagi2 bangun siapkan ape yang perlu..tghri masak...ptg nanti layan anak..nak g sekolah petang..mengaji..anak-anak lepas sekolah ptg g main kt luar..naik basikal la apela..kalo panas betul..dia panggil balik...setakat ni..aku tgk..anak-anak dia senyap je..tak penah la nak mintak mcam2..

Walaupun isteri dia duduk umah tapi...budi pekerti dia..cara dia berkomunikasi mcm orang bekerjaya...padahal da bape belas tahun tinggalkan alam pekerjaan..tak mcam kakak jiran lain..yang suri rumah tapi bahasa dengan perangai tak tahula nak ckp,..ianya buat aku terfikir..kenapala aku tak bersyukur..aku ada kerjaya..aku ada kereta..dan aku ada apa yang aku perlukan dalam hidup..tapi kenapa kdg kala aku rasa tak cukup??

Itulah..bila aku fikir balik..
Tak mengapalah tak shopping baju baru yang branded asalkan ade jmpa kain ela yang cantik..bole buat blouse atau baju kurung..lagipun kak ani tu buat bole tahan jugak sedap..

Tak mengapalah tak ada air cond..janji ade kipas...ade air..bole la mandi kalo panas..

Tak mengapalah kalo tak dpt makan kat luar, janji ade telur..nasi..ikan..ayam..sayur..masak jela kat umah..kalo nak try makan kt luar tunggula dpt gaji ke atau kutu...

Tak mengapalah tak dpat g berjalan ke luar negara..janji dpt jln dalam negara..duk hotel budget pun da kira mewah...sbb kdg tu hotel budget lagi best drpd hotel yang berbintang-bintang...

Tiap hari aku fikir...ape yang aku kurang..rupanya terlebih..ni haaa...badan ni ..terlebih berat..puasa baru sehari ganti..ada banyak hari lagi nak kene ganti...

Ramadhan da stat bulan June...

YOu Can do it !!

Wednesday, January 13, 2016

2016

 Al-Baihaqi meriwayatkan dari Kitab Syu’abul Iman (3933) dari Qatadah, bahwa Amir bin Qais menangis saat menghadapi sakratul. Lalu ditanyakan kepadanya tentang sebab hal itu. Maka dia berkata,

مَا أَبْكِي جَزَعاً مِنَ الْمَوْتِ وَ لاَ حِرْصاً عَلَىالدُّنْيَا وَ لَكِنْ أَبْكِي عَلَى ظَمَأِ الْهَوَاجِرِ ، عَلىَ قِيَامِ الَّليْلِفِي الشِّتَاءِ

“Aku menangis bukan karena takut kematian atau khawatir kehilangan dunia. Tapi aku menangisi zama’ul hawajir (berpuasa di musim panas) dan qiyamullail di musim dingin (yang akan aku tinggalkan).”
(ظمأ) artinya dahaga, (الهواجر) jamak dari kata (الهاجرة) yaitu waktu siang hari di musim sangat panas. Istilah tersebut  (ظمأ الهواجر) kemudian digunakan utk istilah berpuasa di saat cuaca sangat panas.
Dalam Mushanaf Abu Syaibah (57) diriwayatkan bahwa saat Ibnu Umar menderita sakit, dia berkata,

مَا تَرَكْتُ خَلْفِي شَيْئاً مِنَ الدُّنْيَاآسَى عَلَيْهِ غَيْرَ ظَمَأِ الْهَوَاجِرِ وَغَيْرَ مَشْيٍ إِلَى الصَّلاَةِ

“Tidak ada sesuatu yang sangat aku sayangkan untuk aku tinggalkan di dunia ini selain zama’ulhawajir (berpuasa di musim panas) dan berjalan menuju tempat shalat.”

Awal Januari memang sangat sibuk... buka je sekolah da banyak kene handle..
Meeting...meeting dan juga sukan..
panas...memang panas... Musim Ell Nino..
tapi...tahun ni..bulan ramadhan stat bulan Jun..jadi nak tak nak kene jugak ikat perut utk bayar hutang..
hutang ape?
HUTANG PUASA..
Hutang PTPTN..
Road Tax kereta..
dan juga Hutang segala hutang...

dalam Al-Quran pun da di sebut tentang Hutang.. Surah Al-Baqarah.

Monday, May 20, 2013

BIG

pada 7 - 9hb Mei adalah outdoor activity yang terakhir aku involve before aku habis study..oh !! sungguh tak sangka di sebalik semua ini...ada hikmahnya..macam2 aku lalui..smpai ade rasa nak tumbuk je semua orang...buat sakit hati..tapi x bole...kene sabar..sabar dan sabar...apa yang aku pelajari kat sini?....hmmmmm..

1. Sabar jelah
2. Prinsip hidup
3. Minda terbuka
4. Hormat
5. Motivasi kendiri....

tapi sejujurnya aktiviti sepanjang perkhemahan ni memang tak seronok....hanya mengikut syarat sahaja....sebab hanya kami 19 orang sahaja di sini...sungguh boring !!....xpelah..mungkin ade sebab di sebalik segala yang berlaku...

Namun begitu, aku akan merindui saat-saat ini.....apabila satu hari nanti mereka mahu kembali dan merindui kisah dan kenangan ini...(da merepek)....tapi terima kasih juga pada semua yang terlibat....

Berlalu Pergi

" Hendaklah mereka memaafkan dan melupakan kesalahan. Tidakkah kamu suka jika Allah mengampunkan dosa kamu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih" (Surah Al-Nur 24:22)...

Sesungguhnya perlu kita memaafkan seseorang itu walaupun dosanya sekecil zarah sekalipun....ianya melibatkan pengaruh emosi dan jasmani....sepanjang aku setahun setengah ni ...byk perkara yang telah aku lalui...dan salah satunya adalah memaafkan orang...

" Sesungguhnya sabar yang sebenar-benarnya adalah ketika mula-mula berlaku musibah " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

dan antara yang ternyata adalah aku telah mempelajari bagaimana nak sabar di atas musibah yang menimpa aku secara langsung mahupun tidak langsung...inilah dunia..penuh dengan ranjau dan dugaan...

Apakah kelak nanti aku akan menjadi lebih dewasa? Ya..aku akan..walau bagaimanapun, di sebalik kegembiraan dan kesyukuran ini aku telah di datangani oleh satu perihal yang buruk..satu berita kematian...yang aku tidak sangka...

Kematian salah seorang kwn satu tempat kerja..yang dahulunya aku tidak suka, dan terdapat salah faham di antara kami...Sesungguhnya Tuhan amat menyanyangi beliau...Cikgu Samsuri ....salah seorang anak murid ayah yang pada suatu ketika aku penah meminta maaf kerana salah faham antara kami...walaupun pada dasarnya jauh di lubuk hati ku...aku tidak redha dengan segala nya..tapi bila aku fikir kembali..tidak apalah ruginya sekiranya kita memaafkan seseorang walaupun ianya bukan salah kita....ianya menunjukkan sikap dan sifat yang mulia dan hormat kepada orang yang lebih tua....

satu ketika aku amat merinduinya..satu ketika aku amat memujinya...tapi..apakan daya..hajat ku tak sampai..ingin aku berjumpa dengan nya selepas tamat pengajian dan berkata kepadanya " Cikgu !! saya da jadi Teacher !! " namun ianya terbantut..





Doa aku..moga dia di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..penyakit strok yang datang secara tiba-tiba itu.......sama sekali tidak ku sangka akan menamatkan riwayat beliau...Moga Dalam Lindungannya Cikgu Samsuri....Terima Kasih ya !!











Thursday, April 11, 2013

TEringat

Sejak bergelar student di saat umur pun sepatutnya da bergelar isteri.....cepat letih dan haus..yelah, skrg ni tgh musim panas..nk ckp lebih pun sbb bulan Januari da musim tengkujuh...rasanya cpt masa berlalu..betul2 tak sangka pasni tak akan jmpa lagi semua makhluk Allah yg belajor same2 time kursus DPLI ni...

Actually memang ni lah reality kehidupan..dengan ragam manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang..yg lemah selalu ditindas dan yg over selalu di dengki..pdhl kita adalah dalam satu agama...Agama yg mengajar kita erti kesempitan, kesenangan dan kemuliaan...itu adalah satu skop dan konsep yg simple..yg patut kita mengerti...tapi sejauh mane?...

Kita sanggup utk khianat diri kita, kwn2 kita dan fmly kita kerana kepuasan hati dan juga naluri yg kuat..selama kita hidup adakalanya kita lupa..siapa kita..drpd mane kita dtg dan ape matlamat kita..

Mcm tulah aku....aku yg skrg kene berubah..aku yg skrg kene byk faham dan berfikir....kdg tu..smpai da tak tahu nk fikir ape...Insya Allah selepas ni bermula era sebagai seorang Teacher.


Wednesday, April 10, 2013

sepanjang praktikum Feb - April 2013





tup tup da 5 taun...

Bismillahirrahman nirrahim....alhmdulillah...sejak dua menjak ni ..byk sgt pengalaman dan juga pengajaran yang dapat dinilai menerusi kehidupan...disebabkan itu jugak...da lame tak update blog ni..nk tukar template pun da bingung...Yelah bukak blog bile teringat je..pstu tgk..then, tutup..xde idea lagi nk menulis..xde citer nk di share...skrg ni baru ade nk citer..

Walaupun di sekolah..(time ni tgh praktikum) tulah...idea tgh mencurah2 ni..mau berjam-jam duk depan lappy ni...ape bole..pg tadi lepas assembly..terus g breakfast..sepatutnya kene g training budak bola baling..tapi nk buat mcm mane..perut da kruk-kruk..da 2 hari duk training ni..rasanya tangan da stat bertukar warna...xpelah..yg penting sihat..

Belajar kt maktab main bola tampar...kejenya asyik menampor bola je..kali ni time praktikum..main bola baling ..asyk main baling je..ish2..pening gak mula2 tu..tapi nasib baik Cikgu Li dgn Kak Naj ade...tmbah lagi pagi ni Cikgu Nizam ade..hui...tak pasal2 casual wear pun dia turun main bola..tapi pastu SEMPUT la...orang lame kan..samela dgn yg menulis ni..yg dok bace tu tak tahula..

Seronok sekolah Kg. Rahmat di setiu ni...sbb selama ni tak penah jejak kaki pun ke sini..jauh bebenor dgn maktab..ade lebih kurang 67km...adoi..tapi dekat la dgn Kuala Terengganu n Tasik Kenyir...seronok la..kalo utk nature aktiviti ni..utk shopping or nk ke gym tu xdelah..tapi..tinggal lagi 2 minggu je..lepas tu terus abis..yey !! (^^) hahaha..seronok..derita ku sudah abis...

At least kat sini tahulah culture and norms orang2 pantai Timur ni..drpd x tahu langsung..susah sket dgn loghat daorang...mula2 memang kene ejek le.."Orang KL"...tapi..da tu bengang gak...terpaksala ckp orang Kuala Langat...KL gak kan?..hahahah..

Dpt patner yg memang suke menyimpan perasaan and baik sekali :) tak tahulah nk describe mcm mane..tak pandai nak describe orang ..hahah..sgt pelik la aku ni..

Kepenatan...keseronokkan..tulah..gambaran yg pasti..


Thursday, January 5, 2012

anak zurin...

time lene mazlin kawen aritu sempatlah aku posing ngan anak dia..alya..seronok g kenduri kawen kwn2 ni sebab mcm mini reunion..dala tema pink..my feveret kaler...wah..kalo ambik gmbar memang cun la..apelagi..posing la..mcm dukung anak sendiri pulak (perasan) hahahahaha..

smk jenjarom...

inilah kwn2 di smk jenjarom...dari kiri ida, kak zarina, kak shazila, kak eton..dari kiri berdiri: hidayah, me n mizan...oh yeah..ni after bagi rm100 pada students...kemain lagi ramai..berpeluh2 kitaorang....
ni geng kedua..dari kiri duduk ; hidayah, kak fazura, ct, kak dewi..berdiri dari kiri: kak yanti, me n ka sha.

lalalala

assalammualaikum....

da lame betul tak update blog ni disebabkan selalu main fb kan..n sibuk dgn preparation utk ke Terengganu nanti..alhmdulillah..akhirnya dapatla jugak hajat utk jadi guru yang sebenar..walaupun ketat rules yg diaorang (KPM) bagi..sepanjang berkursus kat sane..

memang da lame nak g terengganu..cume tak berkesampaian je..insya allah moga2 Allah bantu aku utk menjadi lebih baik dan solehah..tiba2 tahun baru aku tekezut sbb Allah beri sebuah hadiah yang memang aku nantikan..xpenah terlintas dalam kepala aku pun..


betul la kate kak ila..."kalo tuhan nak bagi tu Dia akan bagi je..tapi kalo Dia tak nak bagi Dia Hold dulu.." mungkin sebab aku redha dan banyakkan bersabar dalam semua hal yang berlaku sepanjang hidup aku ni..dengan tekanan dan juga ketidakpuashatian drpd beberapa pihak..

Dalam dunia ni tak semua nye indah..tak semua nye buruk....yg penting kita kene sentiasa terbuka n tabah dalam mengharungi cobaan dan dugaan hidup supaya satu hari nanti bile kite recall balik ape yang kita da buat dulu kita tak menyesal..malah rasa bangga dengan kebaikan yang kita da buat..

tak kisahla kecik zarah ke..besar gunung ke..yang penting kerana Allah ta'ala..(ke aku da jdi ustazah ni)...
selama 3 tahun single...skrg baru ada rasa bunge2..mcm mane eh?..perasaan mcm tu?.....bole ke pecaya lagi?